Tajuk: DASAR-DASAR KERAJAAN KE ARAH PERPADUAN NEGARA
Kod Kursus: MPU21032
Nama Pensyarah: Puan Fareeha Nabila
Program: Kejuruteraan Awam
Ahli kumpulan:
Nama | No. Matriks |
Dayang Nurul Ain binti Ismail
| 07DKA20F1032
|
Winniessa binti Sullie
| 07DKA20F1052
|
Syasya Adriana binti Jakariah
| 07DKA20F1008
|
Pengenalan
Perkataan dasar merujuk kepada tingkah laku beberapa aktor atau pelaku yang tertentudalam pembuatan dasar awam yang rasmi seperti agensi kerajaan dan badanperundangan. Ianya juga merupakan satu keputusan yang dibuat oleh individu dankumpulan tertentu dalam sesebuah kerajaan mengikut keadaan negara bagi mencapaimatlamat untuk mengurangkan masalah tertentu dan pembangunan negara.
Negara yang tidak mempunyai dasar-dasar tertentu akan kelihatan pincang dan sukar bagi pemimpinnya memajukan sesebuah negara. Dengan kata lain, pembangunan sukar dilaksanakan tanpa adanya dasar yang menjadi asas atau tapak yang kukuh. Dasar amat penting dibentuk dan dilaksanakan oleh kerajaan bagi menangani pelbagai masalah yang timbul ekoran kesan peninggalan penjajah yang terdahulu. Keperluan dasar selain pembangunan bertujuan meningkatkan taraf hidup masyarakat dan merapatkan lagi jurang antara kaum. Dasar-dasar dibentuk bukan sahaja oleh negara-negara maju, malahan lebih penting buat negara yag baru membangun. Proses merancang, menganalisis dan mengadakan perubahan demi perubahan terhadap dasar-dasar yang sedia ada di samping membuat dasar-dasar baru yang bersesuaian dengan hasrat mewujudkan sebuah negara maju.
Selepas merdeka, kerajaan telah memulakan perancangan dan melaksanakan pembangunan negara dengan lebih tersusun. Terdapat beberapa dasar-dasar kerajaan ke arah perpaduan negara iaitu
1) Dasar ekonomi baharu.
2) Dasar kebudayaan kebangsaan.
3) Dasar pendidikan negara.
4) Dasar sosial negara.
5) Dasar pembangunan nasional.
6) Dasar wawasan negara.
Dasar Ekonomi Baharu
Dasar ini diperkenalkan pada tahun 1970 dan mempunyai matlamat seperti berikut:
1) Pembasmian Kemiskinan Tanpa Mengira Kaum
Melalui dasar ini kerajaan bertindak untuk merapatkan jurang kekayaan antara golongan kaya dan golongan miskin tanpa mengira kaum. Jurang ekonomi yang besar antara kaum akan mencetuskan suasana yang tidak harmoni akibat rasa tidak puas hati antara satu sama lain. Justeru untuk menjayakan Dasar Ekonomi Baru ini kerajaan telah memberikan banyak tumpuan kepada golongan seperti pekebun-pekebun kecil,penghuni estet, petani, nelayan dan pesawah.
2)Penyusunan Semula Masyarakat
Dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) penyusunan semula masyarakat menjadi matlamat penting ekoran wujud ketidakseimbangan pembahagian tempat tinggal, pekerjaan, pendapatan, pendidikan, kemudahan sosial, kesihatan, pengangkutan dan perhubungan dan pemilikan harta benda serta mutu dan taraf kehidupan pelbagai kaum. Oleh itu, DEB menetapkan beberpa program di dalam beberapa sektor ekonomi seperti perdagangan, perindustrian, pertanian, perlombongan, pembinaan, pengangkutan, perumahan dan pelajaran. Setiap kaum akan mendapat faedah dan pembahagian yang adil. Dalam dasar ini kerajaan menetapkan sasaran untuk pemilikan ekuiti dalam perusahaan dan perniagaan iaitu 70 peratus ekuiti rakyat termasuk 30 peratus ekuiti bagi kaum Bumiputera pada tahun 1990. Selaras dengan usaha untuk menjayakan DEB kerajaan telah mengambil langkah-langkah tertentu untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan DEB iaitu:
-Meningkatkan pendapatan dan taraf hidup golongan kurang berupaya.
-Menyusun semula corak guna tenaga dalam sektor ekonomi tertentu.
-Melatih dan membentuk para usahawanan dan pedagang baru di kalangan masyarakat bumiputera.
-Menambahkan kuota pendidikan di pusat-pusat pengajian tinggi di dalam dan luar negeri khas untuk pelajar bumiputera.
-Menambahkan bilangan bumiputera yang berkelayakkan ihtisas dan teknikal dalam sektor awam dan swasta
Untuk memastikan DEB yang berjaya mencapai matlamatnya jabatan kerajaan turut terlibat sama. Antara perbadanan yang mengambil bahagian untuk membantu kerajaan meningkatkan taraf ekonomi bumiputera ialah:
-Permodalan Nasional Berhad (PNB)
-Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS)
-Perbadanan-perbadanan Ekonomi Negeri (PKEN)
-Bank Negara
-Bank Pembangunan Nasional Berhad
-Skim Amanah Saham Bumiputera
-Majlis Amanah Rakyat (MARA)
-Pusat Daya Pengeluaran Negara (PDPN)
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat kemalaysiaan. Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara.
Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar ini nanti akan dapat menjadi Garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.
Penggubalan dasar ini perlu dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan serta pusat tamadun dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau. Peranannya sebagai sebuah pusat pertemuan, telah melahirkan proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur-unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur-unsur kebudayaan dunia.
Terdapat tiga prinsip yang ditetapkan oleh Kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu:
-Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal Rantau
Rantau ini merupakan pusat pemancaran, pengembangan dan warisan Kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa (linguafranca). Kebudayaan serantau ini digambarkan oleh persamaan-persamaan di bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa Melayu - Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya. Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang menuturkan satu rumpun bahasa yang sama. Dengan yang demikian, kebudayaan rakyat asal rantau ini dalam pengertian sempit atau luasnya kebudayaan Melayu telah dijadikan teras kepada Kebudayaan Kebangsaan.
-Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai
Wajar Diterima Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Prinsip ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya. Dengan itu unsur-unsur budaya Cina, India Arab, Barat dan lain-lain yang sesuai dan wajar diberi penimbangan dan penerimaan dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara dan kepentlngan nasional serta asas-asas moral dan kerohanian sejagat pada amnya dan pada Islam sebagai agama rasmi negara khasnya.
-Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan
Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia. Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam mengimbang dan memadukan usaha bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal dan kerana itu patut menjadi unsur yang penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi negara, di samping telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini.
*Ketiga-tiga prinsip asas di atas adalah melambangkan penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971.
Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan amatlah penting untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dan bersatu padu. Dengan yang demikian usaha-usaha pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan untuk mencapai tiga objektif penting iaitu:
-Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan.
-Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan.
-Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yangseimbang dengan pembangunan sosioekonomi.
-Strategi dan Pelaksanaan
Objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi-strategi berikut:
-Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usaha sama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya;
-Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih.
-Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan dan kenegaraan.
-Memenuhi keperluan sosiobudaya dan meninggikan taraf dan mutu kesenian.
Dasar Pendidikan Negara
Pada umumnya dasar pendidikan negara digubal pada peringkat pusat oleh Kabinet, Kerajaan dan Kementerian Pendidikan melalui sistem Jawatankuasa. Tujuannya ialah membentuk satu sistem pendidikan yang seragam menyeluruh dan diterima pakai seluruh negara.
Pengubalan ini merupakan satu usaha yang rumit. Ia harus dilakukan dengan teliti, dibuat kajian dan dilihat pelbagai sudut. Sesuatu dasar yang digubal itu dijadikan satu kod etika atau amalan dalam pendidikan supaya ia tidak berlaku penyelewengan. Dasar pendidikan merupakan satu sistem rangkaian maklumat atau media yang menjelmakan idealisme, falsafah, matlamat dan objektif pendidikan negara. Ini bermaksud meliputi ruang lingkup pelbagai aspek dan elemen dalam masyarakat iaitu sosial,politik, adat resam, agama, hak, ketatasusilaan, kewarganegaraan, bahasa dan sebagainya. Ia juga mengambil kira kepelbagaian atau variasi budaya, etnik dan kedudukan geografi. Usaha ini menjurus kepada matlamat mencapai integrasi nasional. Selain daripada itu dasar pendidikan yang digubal memberi tumpuan berbagai aspek dan komponen dalam sistem pendidikan termasuk perkara pendidikan formal, jenis pendidikan, kurikulum, pentadbiran, penyertaan dan agihan insfrastuktur. Dasar itu diberi perhatian untuk memastikan pengukuhan prinsip demokrasi, kesamarataan dan kesejagatan dalam pendidikan.
Golongan yang dipertanggungjawabkan mengubal dasar ialah golongan yang diberi kuasa oleh kerajaan. Golongan yang dimaksudkan ialah pemimpin , pemerintah atau pentadbir. Tujuan dasar itu digubal bagi melindungi hak, status, prestij dan faedah bagi seluruh organisasi atau masyarakat. Dalam membentuk dasar tersebut ada unsur tekanan dan desakan agar dasar itu menjadi amalan dan menjamin kejayaan perlaksanaannya. Sesetengah dasar kerajaan dinyatakan secara formal dalam dokumen-dokumen urusan pentadbiran. Sebagaimana kita ketahui dasar pemerintah negara dapat dilihat pada undang-undang dan perlembagaan yang telah didaulatkan.
Dilihat aspek pendidikan sesetengah negara di dunia pengubalan dasar pendidikan mengambil kira berbagai-bagai aspek kehidupan masyarakat. Sama ada pendidikan formal atau tidak formal dianggap agen yang dipertanggungjawabkan untuk proses sosialisasi dan pembudayaan ahli-ahli masyarakat khususnya generasi yang akan datang. Perubahan dasar ini tidak pula melangsungkan perubahan seluruh sistem pendidikan ia hanya berbentuk pengukuhan atau pemantapan kepada dasar-dasar yang sedia wujud.
Elemen yang mempengaruhi unsur dasar pendidikan ialah masyarakat. Masyarakat sebagai penentu kepada sistem pendidikan kerana ia bersangkutan ideologi negara iaitu sama ada ideologi demokrasi sosiolis, kapitalis, totalitarian, autorian, marxis, komunis dan Islam. Selain daripada itu yang dilihat dari aspek orientasi sosial ,orientasi ekonomi, orientasi politik, orientasi pembangunan, fahaman agama kepelbagaian kaum, teknologi dan pengaruh perkembangan antarabangsa.
Oleh demikian pengubalan dasar dan keputusan mengenai urusan pendidikan negara ini dilakukan pada peringkat pusat tertinggi iaitu Kementerian Pendidikan melalui Sistem Jawatankuasa yang dianggotai oleh tujuh buah jawatankuasa. Dasar-dasar baru yang ingin dilaksanakan diumumkan secara langsung oleh Menteri Pendidikan atau melalui pekeliling-pekeliling rasmi ke Bahagian-Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri dan Sekolah-Sekolah.
Dasar Sosial Negara
Dasar Sosial Negara (DSN) adalah satu dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju dan mantap.
Dasar ini yang diluluskan oleh kabinet pada 19 Februari 2003 bermatlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang maju dan mapandari aspek sosial, ekonomi dan teknologi.
Setia panggota masyarakat berpeluang untuk memperkembangkan potensi diri secara optimum di dalam persekitaran sosial yang sihat berdasarkan ciri-ciri bersatu-padu, berdayatahan, demokratik, bermoral, bertoleransi, progresif, penyayang, adil dan saksama.
Objektif Umum Dasar Sosial Negara ialah:
-Menjamin setiap individu, keluarga dan komuniti tanpa mengira kumpulan etnik, agama, budaya jantina dan fahaman politik serta wilayah dapat menyertai dan memberi sumbangan kepada arus pembangunan negara serta menikmati kesejahteraan hidup secara berterusan.
-Memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat.
-Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat.
-Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan sosial dan perkhidmatan sosial dan Menjana sinergimulti sektor
Dasar Pembangunan Nasional
Tahun 1990, menandakan berakhirnya RRJPI dan DEB. Dalam tempoh perlaksanaan DEB (1971-1990), ekonomi Malaysia telah berkembang dengan pesatnya walaupun menghadapi pelbagai cabaran. Sesuatu yang tidak boleh disangkal adalah walaupun pencapaian DEB bukanlah satu kejayaan yang menyeluruh, namun banyak kejayaan telah dicapai. Jelas bahawa proses kejuruteraan (sosioeconomic engineering) ala DEB ini memerlukan masa yang lebih lama daripada apa yang telah diperuntukkan dengan mengambil kira kesan-kesan daripada pergolakan dunia amya. RRJPK2 (1991-2000) telah digubal berasaskan DPN dan rancangan ini menandakan bermulanya satu lagi era baharu dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir DPN kerana masyarkat yang bersatupadu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN menetapkan satu langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi.
Strategi perlaksanaan DPN merangkumi perkara berikut :
-Mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang seimbang dan pengagihan yang saksama.
-Memastikan pembangunan yang seimbang bagi semua sektor ekonomi yang utama dan pertumbuhan saksama.
-Mengurangkan dan menghapuskan suasana sosial dan ekonomi yang tidak seimbang serta menggalakkan perkongsian yang adil daripada pembangunan Negara.
-Menggalak dan mengukuhkan integrasi nasional menerusi pengurangan atau menghapuskan jurang perbezaan pembangunan ekonomi di antara negeri-negeri dan kawasan-kawasan.
-Membangunkan sebuah masyarakat yang maju dan dapat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi.
-Memajukan pembangunan sumber manusia dan mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif.
-Menjadikan sains dan teknologi sebagai teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosioekonomi.
-Memastikan perlindungan alam sekitar dan ekologi dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunannegara dapat dikekalkan secara berterusan.
Dasar Wawasan Negara
‘Meningkatkan keutuhan dan daya saing negara’. Dimensi baharu yang diperkenalakan dalam DWN adalah seperti berikut :
-Menjana pertumbuhan yang didorong oleh sumber dan kekuatan tempatan melalui pengukuhan.
-Pelaburan dalam negeri dan pembangunan keupayaan tempatan di samping penarikan.
-Membangunkan Malaysia sebagai sebuah masyarakat berasaskan pengetahuan.
-Menjadikan sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan lebih dinamik melalui penerapan pengetahuan yang lebih tinggi.
Teras Utama Dasar Wawasan Negara:
-Membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk perpaduan, menyemarakkan semangat patriotik, mendidik kematangan politik, membina masyarakat supaya lebih bertolak ansur dan penyayang yang tersemat dengan nilai positif serta meningkatkan kualiti hidup dan keutuhan ekonomi.
-Menggalakkan pewujudan masayarakat yang saksama melalui pembasmian kemiskinan dan pengurangan ketidakseimbangan dalam kalangan dan dalam kumpulan etnik serta wilayah..
-Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan memperkukuh sumber pertumbuhan, institutsi kewangan dan korporat serta pengurusan ekonomi makro
-Mempertingkatkan daya saing untuk mengahadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi.
-Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai satu langkah strategik untuk meningkatkan nilai ditambah bagi semua sektor ekonomi dan mengoptimumkan daya pemikiran bangsa.
-Mengukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga kerja yang cekap, produktif dan berpengetahuan.
-Meneruskan pembangunan alam sekitar yang mapan untuk meneguhkan pertumbuhan jangka panjang.
Kesimpulan
Dasar-dasar negara yang digubal oleh kerajaan bertujuan untuk menjadikan sebuah negara aman dan damai serta menstabilkan sistem didalam negara. Dasar-dasar kerajaan sentiasa berubah dari masa ke semasa mengikut pemimpin yang memimpin dalam suatu tempoh masa. Namun matlamat dasar-dasar tersebut masih sama walaupun mempunya sedikit perubahan. Selepas tercetusnya Tragedi 13 Mei segala dasar yang digubal khusunya pada awal tahun 1970-an adalah berteraskan DEB sebagai dasar induk yang bertujuan untuk mencapai perpaduan negara.
Rujukan